Pasangan Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia dalam acara beregu wanita Terbuka Denmark. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pasangan jaguh, Pearly Tan-M Thinaah, merangkul gelaran juara Terbuka Denmark, sekali gus menamatkan kemarau 18 tahun Malaysia dalam acara beregu wanita.
Pasangan nombor 5 dunia itu mengambil masa 36 minit untuk menewaskan pasangan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita 21-18, 21-11 dalam aksi final Jelajah Dunia Super 750 di Arena SJ Bank, Odense.
Pearly-Thinaah menjadi pasangan Malaysia kedua yang menjuarai Terbuka Denmark. Kemenangan ini juga membolehkan mereka merangkul dua gelaran siri jelajah dunia tahun ini.
Malaysia kali terakhir memenangi gelaran beregu wanita menerusi Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pada 2008.






