BUTTERWORTH – Seramai 83 penerima terdiri daripada 11 balu anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 72 pesakit kronik menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Jelajah Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth di sini pada Jumaat.Selain itu, seramai 30 anak anggota TUDM turut menerima sumbangan membabitkan 24 anak berkeperluan khas, lima pelajar cemerlang dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan hafiz serta pernah mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan.Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka terus diberikan perhatian.Menurutnya, pengorbanan warga TUDM bukan sahaja melibatkan tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara malah turut menuntut sokongan serta pengorbanan keluarga yang sentiasa berada di belakang mereka."Di sebalik uniform dan tanggungjawab yang dipikul, mereka juga merupakan suami, isteri, ibu dan bapa yang mempunyai keluarga serta tanggungjawab masing-masing."Justeru, kebajikan anggota serta keluarga mereka perlu diberikan perhatian sewajarnya," katanya ketika berucap pada program berkenaan di sini pada Jumaat.Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP menambah, selain bantuan bakul makanan dan sumbangan kepada anak anggota TUDM, Zakat MAINPP turut menyalurkan RM2,000 kepada surau pangkalan berkenaan bagi menyokong aktiviti pengimarahan.Dalam pada itu katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyumbang RM3,000 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bentuk Simpan SSPN Prime kepada 30 anak anggota TUDM."Zakat MAINPP juga menambah RM100 bagi setiap penerima menjadikan keseluruhan sumbangan simpanan pendidikan itu berjumlah RM6,000, bersamaan RM200 bagi setiap anak."Usaha berkenaan selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) khususnya dalam memperkukuh sosioekonomi dan kesejahteraan umat Islam melalui pendekatan transformasi asnaf," ujarnya.Menurutnya, bantuan zakat bukan sekadar bertujuan memenuhi keperluan semasa sebaliknya perlu menjadi pemangkin kepada penerima untuk meningkatkan taraf kehidupan, berdikari dan akhirnya berupaya menjadi pembayar zakat."Kejayaan zakat tidak seharusnya diukur melalui jumlah kutipan dan agihan semata-mata."Yang lebih penting ialah sejauh mana bantuan tersebut dapat mengubah kehidupan penerima, mengurangkan kesusahan serta membantu mereka membina masa depan yang lebih baik," katanya.Tambah beliau, Zakat MAINPP merekodkan kutipan sebanyak RM202.48 juta pada 2025 manakala jumlah agihan pula mencecah RM200.11 juta yang memberi manfaat kepada 45,831 penerima asnaf.Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menunaikan kewajipan berzakat melalui potongan gaji yang diuruskan oleh Ur
Zakat MAINPP salur bantuan kepada 83 warga TUDM

Key takeaways
Zakat MAINPP telah menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 83 penerima termasuk balu anggota TUDM dan pesakit kronik di Pangkalan Udara Butterworth. Program ini turut melibatkan sumbangan kepada 30 anak anggota serta dana untuk surau pangkalan.
- Sebanyak 83 penerima menerima bakul makanan, merangkumi 11 balu anggota TUDM dan 72 pesakit kronik.
- PTPTN menyumbang RM3,000 dalam bentuk Simpan SSPN Prime kepada 30 anak anggota TUDM.
- Zakat MAINPP menyalurkan RM2,000 kepada surau pangkalan untuk menyokong aktiviti pengimarahan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jakim tidak salur bantuan penyelenggaraan SAR secara automatik
- Free Malaysia Today Mansuh COSS secara berperingkat, salur dana kepada SARA, saran Ahli Parlimen
- Sinar Harian Zakat MAINPP salur bantuan kepada 83 warga TUDM (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

