LONDON: Rumah Bruno Fernandes dipecah masuk pencuri ketika kapten Manchester United itu beraksi bersama kelab berkenaan dalam kekalahan kepada Como di Itali, semalam.
Isteri Fernandes, Ana Pinho dan dua anak mereka tiada di kediaman mewah bernilai 4 juta pound sterling (RM22 juta) di Nether Alderley itu ketika tiga pencuri memecah masuk kira-kira jam 8.30 malam sebelum melarikan barang kemas serta barangan berharga lain.
Pemain berusia 32 tahun itu pulang bersama skuad United sejurus selepas tewas 1-4 dalam aksi Liga Juara-Juara berkenaan dan tiba di rumah pada awal pagi.
Penceroboh dipercayai berada di dalam rumah selama kira-kira lima minit sebelum polis tiba selepas dimaklumkan seorang jiran yang melihat mereka berkelakuan mencurigakan di taman belakang rumah.








