KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pelaksanaan strategi komprehensif bagi mengekalkan jumlah doktor bertugas di fasiliti awam.

Presiden MMA, Dr L Sivanaesan, berkata peletakan jawatan seramai 3,510 pegawai perubatan antara 2024 hingga 2026, termasuk 1,252 doktor berjawatan tetap amat membimbangkan.

Katanya, situasi itu menunjukkan jaminan pekerjaan sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan doktor dalam perkhidmatan awam.

"MMA mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk menamatkan sistem doktor kontrak. Namun, pelantikan tetap hanya sebahagian daripada penyelesaian.