Jaminan pelantikan tetap kepada graduan perubatan yang selesai latihan siswazah beri kestabilan pekerjaan dan hala tuju kerjaya yang lebih jelas kepada doktor muda. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Kerajaan perlu menangani kekurangan hampir 11,000 pakar bagi memenuhi keperluan populasi menua dan peningkatan beban penyakit tidak berjangkit, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Dr Sivanaesan Letchumanan.Presiden Dr Sivanaesan Letchumanan menggesa peluang latihan kepakaran diperluaskan, kemajuan kerjaya ditingkatkan dan pengagihan tenaga kerja di seluruh fasiliti penjagaan kesihatan awam dioptimumkan menerusi pelaburan berterusan.
MMA turut mencadangkan papan pemuka kebangsaan diwujudkan bagi pengagihan tenaga kerja penjagaan kesihatan, untuk memberikan gambaran jelas mengenai tahap penempatan petugas dan kekurangan tenaga kerja di hospital serta klinik awam, bagi memastikan sumber dimanfaatkan secara berkesan.








