Shah Alam: EON Berhad menyasarkan mengendalikan sehingga 400 kenderaan sebulan menerusi pembukaan EON Body-and-Paint Hub di Glenmarie, di sini, bagi mengembangkan perniagaan selepas jualan dan meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akkbar Danial berkata, kemudahan seluas 41,508 kaki persegi itu mempunyai kapasiti operasi antara 360 hingga 400 kenderaan sebulan, dengan sasaran meningkatkan jumlah pengendalian secara berperingkat.
"Hubungan kami dengan pelanggan tidak berakhir apabila mereka memandu keluar kenderaan baharu dari bilik pameran. Ia berterusan sepanjang tempoh pemilikan, termasuk penyelenggaraan dan pembaikan akibat kemalangan," katanya pada majlis perasmian pusat itu di sini, hari ini.









