KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.42 mata atau 0.21 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya, iaitu 1,611.56, daripada paras 1,608.14 pada Khamis.

Indeks tersebut, yang dibuka rendah turun 0.51 mata kepada 1,607.63, mencecah paras terendah intra harinya pada 1,604.38 semasa sesi dagangan menjelang tengah hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 529 berbanding 528, manakala 532 kaunter tidak berubah, 1,312 kaunter tidak diniagakan, dan 16 kaunter digantung.