KUALA LUMPUR: "Pertamanya saya memang rasa sangat gembira dan sebak kerana ada bangsa lain, bangsa asing yang berasal dari Rusia, meminati lagu ini dan sanggup mempelajarinya untuk membuat persembahan.
"Jadi, sudah tentunya saya gembira apabila orang luar meminati lagu Melayu kita," kata Fauziah Ahmad Daud.
Pelakon yang juga penyanyi legenda ini, mengulas berkenaan lagu nyanyiannya berjudul Wajah Rahsia Hati kini menjadi tular di media sosial.
Ia berikutan pemain biola dari Rusia, Katrin Lilo memainkan lagu terbabit dalam persembahannya.









