Austin: Prinsipal Red Bull, Laurent Mekies menegaskan Max Verstappen kekal sebagai tonggak utama pasukan itu dalam usaha kembali memburu kemenangan di pentas Formula Satu (F1).

Mekies menyifatkan juara dunia empat kali itu sebagai pemacu utama kebangkitan Red Bull menjelang Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Austin hujung minggu ini.

"Max adalah individu luar biasa dalam pasukan ini. Dia figura utama dan menjadi tumpuan kami.

"Dia menggabungkan pelbagai kelebihan, termasuk kepantasan luar biasa di dalam jentera, kepekaan teknikal yang hebat serta kehidupannya yang sentiasa berkisar mengenai sukan permotoran.