KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada Pengerusi Eksekutif kepada Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Saham Zetrix AI mencatatkan momentum kukuh di bursa tempatan hari ini apabila kaunter tersebut melonjak 50 peratus atau 0.025 sen untuk ditutup pada 0.075 sen, dengan jumlah dagangan sebanyak 392.8 juta unit.

Menerusi satu lagi makluman kepada bursa tempatan, syarikat itu memaklumkan tiada resolusi dicapai semasa mesyuarat pemegang Sukuk yang diadakan hari ini berhubung kemungkinan pelanggaran kovenan di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) miliknya, yang bernilai nominal sehingga RM2 bilion.