JOHOR BAHRU: Seorang murid Tahun Satu maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Tampoi di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu, bermain basikal di luar rumahnya sebelum dipercayai terjatuh.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa berada di dalam rumah, manakala bapanya yang bekerja sebagai kelindan lori keluar bekerja.
Ibu mangsa hanya dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anak kedua daripada empat beradik itu, setelah dimaklumkan oleh rakan mangsa.








