Kuala Lumpur: Pasukan teknikal apliasi navigasi lebuh raya TuJu sedang melaksanakan kerja pemulihan dan penambahbaikan fungsi navigasi yang disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov ini.

Pihak Pengurusan TuJu dalam kenyataan menjelaskan perkembangan kerja pemulihan akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TuJu, manakala fungsi lain dalam aplikasi itu boleh digunakan seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, TuJu memohon maaf kepada pengguna yang mengalami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lepas.

"Kami mengambil serius kesulitan yang dialami serta menghargai pandangan dan teguran pengguna terhadap perkhidmatan kami.