Johor Bahru: "Sepatutnya kami sambut ulang tahun kelahirannya minggu depan, tetapi hasrat itu tidak kesampaian apabila dia pergi buat selama-lamanya."
Itu luahan Norhidayah Yacob, 30, ibu kepada Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, 7, yang maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa 2, Tampoi, di sini, hari ini.
Menurut Norhidayah, mereka sekeluarga mahu meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua daripada empat beradik itu semalam, namun tidak dapat berbuat demikian kerana suaminya, Mohammad Fauzi Zurin, 31, yang bekerja sebagai kelindan lori belum menerima gaji.
"Kami dah merancang untuk sambut kelahiran anak saya pada Selasa depan kerana hari itu tarikh kelahiran suami juga.








