U Mobile memulakan Jelajah ULTRA5G di Kuantan, Pahang, hari ini dengan penampilan khas dua robot humanoid berteknologi 5G. (Gambar UMobile)PETALING JAYA: U Mobile akan membawa Jelajah ULTRA5G ke Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu bermula hari ini hingga 7 Nov selepas mencapai 90% liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, sasaran berkenaan dicapai sembilan bulan lebih awal daripada jadual.

Jelajah ULTRA5G: Edisi Pantai Timur itu menawarkan pengalaman digital interaktif, demonstrasi teknologi 5G, aktiviti kecerdasan buatan (AI) dan persembahan artis Sharul Kamal serta Tomok.

Menurut syarikat telekomunikasi itu, pengunjung turut berpeluang berinteraksi dengan robot humanoid berteknologi 5G serta mengenali produk dan perkhidmatannya.