PARIS: Perlawanan Ligue 1 antara Paris Saint Germain (PSG) dan Lyon yang dijadual berlangsung Isnin ini ditunda ke Selasa susulan arahan polis ketika pihak berkuasa Perancis bersiap sedia menghadapi gelombang baharu tunjuk perasaan ganas di ibu negara itu.

Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas pihak polis melarang perlawanan berkenaan berlangsung pada Ahad, jam 8.45 malam waktu tempatan.

"LFP mengambil maklum arahan polis yang melarang perlawanan antara Paris Saint-Germain dan Olympique Lyonnais berlangsung pada Ahad jam 8.45 malam dan memutuskan untuk menjadualkan semula perlawanan itu pada Isnin (Selasa) jam 8.30 malam," menurut kenyataan itu.