LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Andoni Iraola enggan mengurangkan intensiti permainan pasukannya meskipun berdepan masalah kecederaan beberapa pemain utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di Anfield, Ahad ini.
The Reds dijangka kehilangan khidmat Dominik Szoboszlai, Jeremie Frimpong dan Victor Munoz bagi perlawanan itu, manakala Alexander Isak serta Cody Gakpo baru kembali daripada kecederaan yang dialami ketika tugasan antarabangsa.
Iraola yang membina reputasi menerusi corak permainan berintensiti tinggi ketika mengendalikan Bournemouth, kini berdepan cabaran baharu apabila perlu mengimbangi tuntutan saingan domestik dan Eropah bersama Liverpool.
Pengendali dari Sepanyol itu menegaskan pemainnya perlu memberikan komitmen maksimum kerana corak permainan yang diterapkannya tidak membenarkan mereka beraksi sambil lewa.






