JASIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Melaka akan terus diterajui Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekiranya Barisan Nasional (BN) dan rakan strategiknya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu bersandarkan potensi besar Ab Rauf yang dikenalinya sejak Ketua Menteri Melaka itu berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja UMNO.
"Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Itulah dia Datuk (Seri) Rauf.
"Insya-Allah, Datuk Rauf, walaupun kita beli barang dalam talian, barang itulah juga yang Melaka akan dapat," katanya ketika berucap melancarkan Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda, di sini, malam ini.






