REUTERSPHILLIP ISLAND: MotoGP akan meneruskan persiapan bagi Grand Prix (GP) Qatar bulan depan meskipun ketegangan di Asia Barat mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan, dengan beberapa pelumba mempersoalkan sama ada perlumbaan itu wajar diteruskan dalam keadaan semasa.

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Lusail yang pada asalnya dijadualkan berlangsung April lalu ditunda ke 6 hingga 8 November susulan konflik serantau, dan kekal dalam kalendar sebagai pusingan ke-20 musim ini.

Beberapa acara sukan di Arab Saudi termasuk kejohanan golf Antarabangsa Saudi, Kejohanan Dunia Berbasikal dan Piala Dunia FIFAe dibatalkan awal bulan ini selepas serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang serta mencederakan lebih 300 yang lain.