PETALING JAYA: Dua jaringan Eduardo Sosa dalam tempoh 11 minit memastikan Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kuching City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Kemenangan itu memberikan Gergasi Merah bekalan tipis menjelang aksi timbal balik di Kuching pada 8 November ini, namun mereka perlu berwaspada kerana The Cats masih berpeluang memburu tiket ke final.

Beraksi tanpa kapten, Faisal Halim yang dibelenggu kecederaan, Selangor dikejutkan jaringan awal pelawat pada minit kesembilan apabila Ramadhan Saifullah Usman memperdaya pertahanan, Safuwan Baharudin sebelum melepaskan remba