PETALING JAYA: Fungsi navigasi aplikasi TuJu yang mengalami gangguan sejak beberapa hari lalu dijangka pulih selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi iaitu pada 6 November depan.
Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB) berkata, pihak pengurusan TuJu memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan berikutan gangguan itu dan memaklumkan pasukan teknikal sedang melaksanakan kerja pemulihan serta penambahbaikan.
Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar, selain memenuhi keperluan perjalanan pengguna.
“Perkembangan kerja pemulihan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi TuJu, manakala fungsi lain dalam aplikasi berkenaan kekal boleh digunakan seperti biasa.










