Kuala Lumpur: Aplikasi navigasi TuJu sedang menjalani proses naik taraf sistem sehingga menyebabkan fungsi navigasinya terganggu sementara, hanya sehari selepas kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia beralih daripada Waze kepada aplikasi alternatif yang dibangunkan secara tempatan itu.
Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan gangguan berkenaan menerusi notis yang disiarkan di akaun rasmi X agensi itu.
"Aplikasi TuJu sedang menjalani penambahbaikan sistem bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik.
"Sepanjang tempoh ini, fungsi navigasi akan terganggu buat sementara waktu, manakala paparan kamera litar tertutup (CCTV) dan fungsi lain yang tersedia masih boleh digunakan seperti biasa," menurut notis itu.








