Kuala Lumpur: Rusia membebaskan Stephen Hubbard, seorang pesara guru warga Amerika Syarikat (AS) berusia 74 tahun yang berada dalam tahanan sejak 2022 daripada penjara pada Rabu dan membawanya ke Lapangan Terbang Pulkovo St Petersburg untuk diterbangkan balik ke AS, lapor Reuters.
Presiden Rusia Vladimir Putin membuat pengumuman itu semasa pertemuan dengan Utusan Khas AS Steve Witkoff di St Petersburg.
Jurucakap beliau, Dmitry Peskov, kemudiannya memaklumkan bahawa Putin membebaskan Hubbard atas permintaan Presiden AS Donald Trump, selain mengambil kira tahap kesihatan warga Amerika itu yang merosot.
"Presiden menyampaikan ucapan terima kasih beliau, seluruh negara kami mengucapkan terima kasih atas pembebasan Stephen Hubbard," kata Witkoff kepada Putin dalam pertemuan yang disiarkan menerusi televisyen rasmi kerajaan. "Disebabkan anda, beliau kini dapat pulang ke pangkuan keluarganya."








