Munich: Harry Kane membuktikan mengapa dia antara pilihan utama untuk memenangi Ballon d'Or susulan aksi cemerlang ketika menentang Arsenal, selain meneruskan rentetan jaringannya dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Juara England dan Jerman itu berkongsi mata selepas terikat 2-2 dalam aksi menghiburkan di Bavaria, dengan Kane terbabit dalam kedua-dua gol Bayern Munich.
Pemain berusia 33 tahun itu menghasilkan hantaran hebat untuk Alfonso Davies menyamakan kedudukan sebelum tenang menyempurnakan sepakan penalti bagi memberikan Bayern kelebihan 2-1.
Declan Rice kemudian menyamakan kedudukan untuk Arsenal dalam tempoh 10 minit terakhir, namun Bayern meneruskan rekod tanpa kalah kepada 40 perlawanan dalam fasa liga/kumpulan Liga Juara-Juara.








