Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengawal keselamatan daripada tuduhan mengedar 715.24 gram dadah methamphetamine, lima tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, P Kathiravan, 33.
Dalam hujahan penghakimannya, Abdul Fareed berkata, kes pendakwaan terjejas apabila kewujudan kunci motosikal tertuduh tidak dinyatakan dalam laporan serbuan mahupun borang geledah, sebaliknya hanya direkodkan dalam Borang Serah Terima.
Beliau berkata, terdapat percanggahan berkenaan kedudukan dan warna motosikal selain motosikal itu tidak disiasat serta tidak dikemukakan di mahkamah untuk pemeriksaan.










