KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce meluahkan kerisauan terhadap kes pembunuhan membabitkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Menurut Ain, 35, perkara itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk menetapkan anak -anaknya bersekolah di rumah bagi keselamatan mereka.

“Banyak sekarang kes budak-budak sekolah tikam dan bunuh. Jadi takut nak hantar anak pergi sekolah.

“Saya takut sampai terfikir nak anak bersekolah di rumah sahaja sebab kes-kes ini.