SANTA FE: Mahkamah di New Mexico semalam memerintahkan Meta Platforms membayar penalti sebanyak AS$25 bilion (kira-kira RM102 bilion) kepada negeri ini selepas juri mendapati syarikat itu telah mengelirukan pengguna mengenai perlindungan data mereka.
Keputusan Hakim Francis Mathew itu sekali gus menyaksikan syarikat berkenaan dikenakan satu daripada penalti kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).
Kes itu tercetus daripada dakwaan bahawa Cambridge Analytica - sebuah firma perunding politik Britain yang dilaporkan terbabit dalam kempen Donald Trump pada Pilihan Raya Presiden 2016 - mendapatkan data jutaan pengguna Facebook tanpa kebenaran mereka.
New Mexico telah memfailkan saman terhadap Meta dengan menuduh syarikat itu menipu pengguna Facebook di negeri ini berhubung siapa mempunyai akses kepada data mereka.









