Georgetown: "Anak saya bercita-cita mahu ikut jejak langkah kakaknya sebagai seorang jurutera. Kini cita-citanya berkubur bersama jasadnya," kata Mohd Fauzi Din, 58, selepas menerima khabar kehilangan anak Mohamad Nazhif Faris, 22, yang terbabit kemalangan langgar lari di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu Mohamad Nazhif bersama rakannya, Daniesha Hana Mohamad Hairul, 20, maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan yang kemudiannya melarikan diri.

Mohd Fauzi berkata, anak kelima daripada enam beradik itu adalah penuntut Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim dan tinggal di asrama.