KUANTAN: Kerajaan negeri memberi perhatian kepada perancangan pembangunan jangka panjang termasuk penyediaan rangkaian pengangkutan yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara dalam perancangan kerajaan negeri adalah supaya perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat diperluas ke beberapa daerah lain seperti Pekan dan Rompin.
“Itu perancangan kita, kita telah memohon untuk masa depan dalam perancangan struktur negeri. Sebabnya saya tidak mahu berlaku bila diminta baru kita beri cadangan..
“Sekarang bila diminta, kita terus kemukakan cadangan dan kita usahakan ke arah itu,” katanya pada selepas merasmikan Sambutan Hari Rancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.










