JOHOR BAHRU – Kekurangan penglihatan sejak lahir tidak pernah mematahkan semangat Latipah Hussin, 47, untuk berdikari apabila berjaya membuktikan kemampuan dirinya dengan menabur bakti selama 27 tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Bermula sebagai operator telefon di UTM Kuala Lumpur pada 1999, Latipah kini bertugas di Jabatan Pendaftar, UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur, hasil kesungguhan mempelajari kemahiran baharu dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.
Latipah berkata, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Princess Elizabeth, Johor Bahru dari darjah satu hingga darjah enam sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak, Kuala Lumpur.
Sepanjang pengajian, beliau mempelajari tulisan Braille yang menjadi antara kemahiran penting dalam kehidupannya, selai









