SEREMBAN - Tempoh reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di Nilai pada 15 Oktober lalu akan disambung tujuh hari lagi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman terhadap suspek berusia 30-an itu dibenarkan bermula pada 23 Oktober hingga 29 Oktober depan bagi melengkapkan siasatan."Permohonan telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban selepas tempoh reman suspek sebelum ini yang bermula 16 Oktober tamat hari ini," katanya.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.