Seremban: Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya di sebuah unit kediaman dekat Kuarters KLIA, Nilai, pada 15 Oktober lalu disambung reman tujuh hari lagi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata ia susulan tempoh reman sebelum ini yang bermula 16 Oktober lalu tamat hari ini.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan kes membabitkan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dibunuh suaminya di rumah mereka malam Khamis minggu lalu.
"Tempoh reman lama sudah tamat hari ini, jadi permohonan untuk sambung reman dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Seremban sebelum dibenarkan selama tujuh hari lagi.









