PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui lebih selesa menjauhkan diri daripada individu toksik, terutama mereka yang gemar menyebarkan fitnah dan bercakap buruk mengenai dirinya.

Menurut Intan, dia tidak mahu membuang masa melayan sikap negatif orang lain, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada ketenangan hidup serta kebahagiaan keluarga.

“Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Apabila orang sudah membenci, suka memfitnah dan bercakap perkara bukan-bukan mengenai kita, tidak perlu pening kepala. Putuskan sahaja hubungan dengan mereka.

“Kenapa perlu memilih untuk dikelilingi orang yang tidak membawa kebaikan? Bukan semua orang boleh saya benarkan masuk dalam kehidupan saya. Bukan sebab sombong atau merasakan diri bagus, tetapi kerana saya terlalu menjaga keluarga,” katanya.