KUALA LUMPUR: Selepas memperoleh penangguhan tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadapnya, Perikatan Nasional (PN) hari ini berhasrat menjemput BERSATU menghadiri mesyuarat gabungan itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PN akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan tindakan RoS terhadap PN.

"Kita akan mengadakan mesyuarat PN dalam masa terdekat dan menjemput BERSATU untuk hadir," katanya pada sidang media selepas prosiding mahkamah di sini, hari ini.

Jemputan kepada BERSATU itu dibuat ketika pertikaian dalaman gabungan berkenaan sebelum ini mengancam status PN sebagai gabungan politik berdaftar.