Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan menyifatkan Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai pembohong bersiri kerana sering mengeluarkan kenyataan tidak benar dan memutar belitkan keadaan.

Ramanan berkata, sudah banyak kali bekas Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan kemudian memohon maaf.

Katanya, apa yang paling menjengkelkan adalah apabila Rafizi kalah saman di mahkamah, beliau akan membuat kutipan awam meminta wang daripada rakyat.

"Ini yang saya tidak ambil apa-apa tindakan. Sudahlah kalah di mahkamah, dia pula buat kutipan derma meminta duit daripada rakyat untuk menolongnya daripada bankrap.