Kuala Lumpur: Pasukan kebangsaan flag football lelaki dan wanita negara pulang dari Kejohanan Flag Football Asia Tenggara 2026 di Jakarta, Indonesia, masing-masing dengan meraih pingat gangsa dan perak.

Kejohanan yang berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober di GBK Rugby Field itu menghimpunkan pasukan kebangsaan ahli IFAF dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Ia menjadi platform penting untuk persaingan serantau dan pertumbuhan berterusan flag football di Asia Tenggara.

Pasukan lelaki Malaysia meraih pingat gangsa menerusi kemenangan 48-26 ke atas Singapura, sekali gus membalas kekalahan kepada lawan yang sama pada peringkat kumpulan.