KUALA LUMPU: Atlet boccia negara, Angeline Melissa Lawas dan Noor Askuzaimey Mat Salim menceriakan kem Malaysia apabila masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Pada saingan akhir kategori BC1 wanita di Nagoya General Gymnasium, Angeline terpaksa berpuas hati dengan perak selepas tewas 4-5 kepada wakil Indonesia Handayani yang bangkit mencatat kemenangan pada end terakhir untuk meraih emas.

Angeline yang mempamerkan aksi bertenaga berjaya mengutip mata pada end kedua dan ketiga, namun gagal mempertahankan kelebihan apabila Handayani bangkit pada penghujung perlawanan.

Pingat gangsa menjadi milik atlet Singapura, Jeralyn Tan Yee Ting.