Kangar: Penyanyi, pemuzik dan penulis lagu dari Amerika Syarikat (AS), Brian Hyppolite antara 251 penumpang yang berdepan detik cemas selepas feri dinaiki mereka dari Langkawi terkandas di perairan Kuala Perlis, hari ini.
Insiden 10.30 pagi itu berlaku ketika Feri Express Bahagia 98 yang berlepas jam 9.30 pagi, tersangkut pada pukat nelayan yang dipasang secara melintang di alur pelayaran menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis.
Hyppolite berkata, biarpun pada awalnya anak dan keluarganya takut, situasi cemas itu bertukar menjadi memori berharga apabila melihat semangat kerjasama masyarakat tempatan dan agensi penyelamat yang bertungkus lumus memindahkan mereka ke bot penyelamat.
"Semua orang saling tolong-menolong membantu penumpang supaya semuanya selamat.









