KLANG - Serbuan deretan premis perniagaan di Meru di sini membongkar penemuan puluhan pasport warga asing yang mencurigakan disimpan dalam sebuah premis pada Rabu.Operasi itu digerakkan secara bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bermula jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan bersama.Pada awalnya, operasi dilaksanakan ke atas deretan premis bagi memeriksa majikan serta pekerja asing di kawasan terbabit.Bagaimanapun, sebuah premis yang diperiksa menemukan satu bilik mencurigakan di bahagian belakang.Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati, pegawai JIM bersama MBDK telah melakukan pemeriksaan lanjut dan menemui puluhan pasport warga asing termasuk di dalam peti besi yang dikunci.Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, lebih 20 pasport Bangladesh yang tertera butiran sah dijumpai."Ini mencurigakan dan JIM Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan keberadaan pasport di premis itu."Kita akan memanggil majikan disyaki warga Bangladesh untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Rabu.Sementara itu, seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an mendakwa diupah RM50 oleh rakannya disyaki warga asing untuk menjaga premis terbabit yang menjual telefon bimbit, perkakasan bilik serta membaiki basikal."Saya diminta jaga kedai ini hari ini saja cik. Dia upah saya RM50 jaga kedai sampai jam 8 malam."Saya tak tahu siapa jaga bilik belakang ini. Saya baru kerja hari ini, betul cik, saya serius. Memang tak tahu," katanya.
Lebih 20 pasport warga Bangladesh ditemui dalam peti besi dikunci

Key points
- KLANG - Serbuan deretan premis perniagaan di Meru di sini membongkar penemuan puluhan pasport warga asing yang mencurigakan disimpan dalam sebuah premis pada Rabu.
- Operasi itu digerakkan secara bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bermula jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan bersama.
- Sinar Harian yang mengikuti operasi itu mendapati, pegawai JIM bersama MBDK telah melakukan pemeriksaan lanjut dan menemui puluhan pasport warga asing termasuk di dalam peti besi yang dikunci.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dakwaan Rohingya guna pasport Bangladesh perlu disertai bukti
- Malaysiakini (BM) Video warga Bangladesh berhimpun di Bukit Bintang suntingan dijana AI
- Sinar Harian Lebih 20 pasport warga Bangladesh ditemui dalam peti besi dikunci (this story)







