KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas kerugian RM87,975.04 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian pada 3 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 63 tahun telah melihat iklan pelaburan saham itu di laman Facebook.
Katanya, mangsa yang tidak bekerja tertarik dengan skim itu dan bertindak menghubungi suspek lelaki melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Suspek memujuk mangsa menyertai skim itu dengan dijanjikan pulangan lumayan, iaitu sebanyak RM25,000 bagi setiap RM450 yang dilaburkan.









