Austin: Kimi Antonelli berpeluang muncul juara dunia termuda Formula Satu (F1) dan pelumba Itali pertama memenangi gelaran itu dalam tempoh 73 tahun, namun pemandu Mercedes berusia 20 tahun berkenaan perlu menang dan mengharapkan keputusan perlumbaan memihak kepadanya pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS), Ahad ini.
Ketika Sebastian Vettel muncul juara dunia termuda pada usia 23 tahun bersama Red Bull pada 2010, Antonelli baru berusia empat tahun.
Kini, pelumba kelahiran Bologna itu memiliki kelebihan 102 mata mengatasi rakan sepasukan, George Russell, menjelang perlumbaan di Austin.
Sebanyak 125 mata maksimum masih boleh diraih selepas perlumbaan di Litar Amerika (COTA), sekali gus bermakna Antonelli akan mengesahkan kejuaraan jika berjaya melebarkan jurang kepada 125 mata atau lebih.










