Kuala Lumpur: Syarikat pengurusan data, Synology, memperkenalkan rangkaian penyelesaian storan, sandaran dan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu organisasi di Malaysia menyediakan infrastruktur data yang selamat dan mampu menyokong perkembangan penggunaan AI.

Pengurus Akaun Jabatan Perniagaan Antarabangsa Synology, Jason Sin berkata, syarikat perniagaan perlu memastikan infrastruktur mereka bersedia menampung pertambahan data seiring penggunaan teknologi itu.

Menurutnya, perlindungan data perlu disokong sistem sandaran yang membolehkan organisasi memulihkan operasi sekiranya berlaku gangguan atau serangan siber.

"Apabila perniagaan yakin dengan cara data mereka diurus dan dilindungi, mereka berada pada kedudukan lebih baik untuk menjadikan inisiatif AI sebagai hasil perniagaan yang berkekalan," katanya pada Synology Annual Press Event 2026 di sini, hari ini.