Hong Kong: Polis Hong Kong menahan seorang lelaki kerana disyaki mencuri jam tangan Rolex dan beg tangan berjenama bernilai HK$450,000 (RM234,067) milik isterinya dari kediaman mereka, lapor VN Express.
Isterinya, Chan, 34, membuat laporan polis pada pagi Sabtu lalu di apartmen mereka di pembangunan kediaman Ocean One, Yau Tong, Kowloon.
Chan mengesyaki suaminya yang berusia 40 tahun, dikenali dengan nama keluarga Lam, mencuri dua beg Hermes dan sebuah beg Chanel bernilai HK$300,000 (RM156,034) serta jam tangan Rolex bernilai HK$150,000 (RM78,017), memetik laporan South China Morning Post yang memetik sumber polis.
Polis menahan Lam atas syak wasangka mencuri selepas siasatan awal dan menahannya untuk membantu siasatan lanjut.










