MELBOURNE: Kedua-dua kaki Ahli Parlimen Australia, Helen Haines, terpaksa potong selepas beliau dilanggar sebuah kenderaan di luar pejabat kawasannya awal minggu ini, lapor Agensi Berita Jerpan (dpa).

Doktor pada mulanya berharap dapat menyelamatkan kaki kanannya, namun pakar bedah akhirnya tidak dapat mengelak daripada memotong kedua-dua belah kaki, kata suaminya, Phil, hari ini.

"Namun, berita baik di sebalik semua ini ialah Helen masih hidup dan keadaannya stabil. Itulah perkara paling penting bagi keluarga kami," katanya kepada pemberita.

Haines adalah Ahli Parlimen bebas popular dan mewakili kawasan Indi di Parlimen Australia, dilanggar kenderaan pacuan empat roda di luar pejabatnya di Wangaratta, timur laut Melbourne, Isnin lalu.