KUALA LUMPUR: Isu berhubung status dan kedudukan blok pembangkang membabitkan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan selepas perihal pembatalan pendaftaran gabungan itu dijelaskan kepada Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas pertikaian mengenai perkara berkenaan dibangkitkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ketika mencelah perbahasan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau), di Dewan Rakyat malam ini.
Johari berkata, ketetapan mengenai perkara itu masih belum boleh dimuktamadkan, sementara menunggu penjelasan daripada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Tiada petua apa-apa pun (mengenai status dan kedudukan ahli Dewan Rakyat daripada PN). Saya pun sudah menulis kepada Pengerusi PN (Ahmad Samsuri).









