KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Suria' yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar Kedah, menerusi operasi khas Op Sunset, bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata operasi bersepadu dengan kerjasama JSJ Kontinjen Kedah itu dilancarkan di Kedah dan Perak, antara 24 hingga 27 September lalu.
Beliau berkata, kumpulan jenayah terancang berkenaan diketuai lelaki tempatan berusia 30 tahun dan mempunyai sembilan ahli berusia antara 28 hingga 52 tahun.
"Kumpulan ini dikesan aktif melakukan jenayah sejak awal 2024. Geng Suria dikenal pasti terbabit dalam 20 kes jenayah harta benda dan kekerasan iaitu rompakan berkumpulan bersenjata dengan mendatangkan kecederaan di Kedah.






