PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi menilai kesan kelewatan pembekalan baja terhadap pengeluaran padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) selepas aktiviti penuaian selesai pada November ini.

KPKM berkata penilaian itu penting bagi mendapatkan gambaran lebih lengkap dan tepat mengenai prestasi pengeluaran padi bagi Musim 1/2026 dengan mengambil kira data hasil sebenar.

Menurut kementerian itu, analisis awal yang membabitkan 21 peratus sampel Tinjauan Pemotongan Padi MADA menganggarkan purata hasil kasar padi bagi musim berkenaan adalah sebanyak 5.69 tan sehektar, berbanding 4.60 tan sehektar pada Musim 1/2025.

"Dapatan awal ini menunjukkan peningkatan purata hasil kasar di peringkat MADA dan setakat ini tidak menunjukkan kemerosotan hasil secara keseluruhan.