Masjid Tanah: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, menerusi rundingan itu, BN mengesahkan akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS dan 'rakan-rakannya' tujuh kerusi.








