Port Dickson: Seorang pelajar tahun akhir sebuah kolej yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hotel di Lukut ditemukan maut di belakang sebuah kedai makan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditemukan pada 6.05 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 daripada orang awam.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan pada bahagian kepala dan abdomen akibat terjatuh dari tempat tinggi.
"Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini," menurutnya dalam kenyataan di sini.








