Kuala Lumpur : Pelakon, Datin Anne Ngasri, 42, menarik perhatian warganet apabila ramai memuji wajahnya yang masih 'awet muda' seperti dulu walaupun memiliki anak-anak remaja.
Anne atau nama sebenar Naszriah Ngasri memuatnaik beberapa foto di Instagram (IG) berserta kapsyen ucapan ulang tahun kepada anak ketiganya, Nazharah Afrozah yang kini meningkat usia 16 tahun.
"Allah humma barik, selamat ulang tahun kelahiran Nazharah Afroza.
"Terima kasih, Ya Allah kerana masih meminjamkan dia kepada kami hingga ke hari ini.








