Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,300 anak pokok pelbagai jenis yang disyaki mempunyai serangga perosak di Kampung Gual Tinggi, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 4.45 petang itu, anak pokok itu dirampas menerusi Op Taring oleh Batalion 9 PGA, selepas mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan terhadap lori yang dipandu seorang lelaki tempatan mendapati kenderaan itu membawa muatan anak pokok tanpa dokumen sah.
"Hasil pemeriksaan mendapati 3,300 anak pokok pelbagai jenis yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.








